Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

SUKAN

Danish Iftikhar ke final 100m remaja dunia

By petaiking
August 6, 2026 1 Min Read
Comments Off on Danish Iftikhar ke final 100m remaja dunia

KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke final acara 100 meter (m) lelaki Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2026 di Oregon, Amerika Syarikat, selepas mempamerkan larian cemerlang pada aksi separuh akhir, hari ini.

Danish menamatkan saingan separuh akhir kedua di tempat kedua dengan catatan masa 10.36 saat (s), sekali gus mengesahkan tempat ke final yang dijadual berlangsung pada jam 11.50 pagi esok waktu Malaysia.

Pelari negara itu hanya dibezakan dengan Gary Card dari Jamaica yang muncul juara separuh akhir kedua menerusi catatan 10.16s, manakala Richard Machata dari Slovakia turut melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 10.38s.

Kejayaan itu meneruskan momentum cemerlang Danish yang sebelum ini mencatat rekod terbaik musim (SB) 10.30s ketika memenangi aksi saringan keenam untuk mara ke separuh akhir.

Catatan itu memperbaiki rekod terbaik musim miliknya iaitu 10.38s, sekali gus meletakkan dirinya dalam kelompok pencabar utama sebelum berjaya mengesahkan slot ke final.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Airiel Iskandar Rusli tidak berjaya mengikut jejak langkah Danish apabila menamatkan saringan kelapan di kedudukan kelapan daripada sembilan pelari dengan catatan 10.65s.

Walaupun gagal mara ke separuh akhir, penyertaan Airiel di pentas dunia tetap dianggap pendedahan berharga untuk perkembangan kariernya pada masa depan.

Dalam acara 100m wanita, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira turut menamatkan cabaran di peringkat saringan selepas mencatat masa 11.72s untuk menduduki tempat keenam daripada lapan pelari dalam saringan kelapan.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Chris Hoy pun kagum

Next

Tak Jadi Berpisah Kerana ‘Tidak Suci’, Prosiding Cerai Syida Melvin Ditangguh – “Saya Tak Sangka Ini Semua Berlaku”

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by