Babak Dukung Hannah Delisha Jadi Bualan, Meerqeen Jelaskan – “Itu Permintaan Skrip Dan Pengarah”
Pelakon Meerqeen tampil menjelaskan mengenai babak dirinya mendukung aktres Hannah Delisha menerusi siri terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) yang mencuri perhatian penonton.
Menurut Meerqeen, babak berkenaan bukan dilakukan sesuka hati sebaliknya mengikut keperluan jalan cerita serta arahan daripada pengarah dan dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak termasuk dirinya, Hannah serta pengarah.
Itu permintaan skrip dan juga pengarah.
Tanggungjawab sebagai pelakon
Tambah Merqeen, interaksi tersebut diperlukan untuk menjadikan sesuatu babak kelihatan logik dan berkata, sekiranya situasi sama berlaku dalam kehidupan sebenar bersama isterinya, dia juga mungkin akan melakukan perkara serupa.
Meerqeen turut menegaskan perkara itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.
Sebelum penggambaran dilakukan, dia terlebih dahulu bertanyakan kepada Hannah sama ada aktres itu selesa untuk menjayakan babak tersebut dan mendapat persetujuannya.
Bagaimanapun, Meerqeen mengakui dia tetap berhati-hati kerana sedar setiap babak yang dilakonkannya berpotensi dikaitkan dengan kehidupan peribadi serta pasangannya.

Meminta agar babak tidak dibuat berulang kali
Malah, dia turut meminta pengarah supaya babak berkenaan tidak dilakukan berulang kali sekiranya tidak diperlukan kerana mahu menjaga keselesaannya sendiri selain tidak mahu mengganggu momentum lakonan.
Bagi Meerqeen, seorang pelakon perlu sentiasa bersedia untuk menjayakan tuntutan sesuatu watak dan menghadapi apa sahaja situasi ketika berada di set penggambaran.
Terdahulu, babak drama itu yang memaparkan Meerqeen mendukung Hannah Delisha yang membawa watak suami isteri terlah meraih perhatian ramai.
Sesetengah netizen mempersoalkan keperluan babak tersebut memandangkan Hannah merupakan pelakon berhijab dan juga berstatus isteri orang.
Kredit : Beautifulnara