Ismail Izzani Pertahan Aina Abdul, Minta Netizen Henti Kecam – ‘Tak Perlu Sebarkan Kebencian’
Penyanyi Ismail Izzani tampil mempertahankan Aina Abdul selepas penyanyi itu menerima kritikan susulan meraih tempat keempat dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung pada malam Sabtu.
Ismail Izzani pertahan Aina Abdul

Menerusi hantaran di Threads, Ismail meminta orang ramai agar tidak menyebarkan kebencian atau membandingkan pelantun lagu Semalam itu dengan penyanyi lain.
Kenapa masih ada yang nak sebarkan kebencian terhadap Aina Abdul? Tak perlu nak sebarkan kebencian atau bandingkan dia dengan penyanyi lain yang kononnya patut mewakili Malaysia.
Itu bukan apa yang kita perlukan, lebih-lebih lagi terhadap seseorang macam Aina.
Pelantun lagu Luar Biasa itu bagaimanapun tetap bangga dengan pencapaian Aina yang sudah memberikan persembahan terbaik ketika membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan dia dan dia memang layak berada di tempat dia sekarang.
Mungkin rezeki dia kali ini bukan di tempat yang diharapkan, tapi dia dah buat yang terbaik dan persembahan dia tetap hebat macam biasa.
Bangga dengan awak. Terima kasih sebab dah bawa nama Malaysia.
Sebelum ini, Aina Abdul memohon maaf kepada peminat dan rakyat Malaysia sekiranya keputusan yang diraihnya di Eurovision Song Contest Asia 2026 tidak seperti yang diharapkan.
Namun, penyanyi berusia 33 tahun itu berkata dia sudah memberikan persembahan terbaik dan melakukan segala yang termampu sepanjang pertandingan.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani mewakili Malaysia dengan lagu Bluest Sky pada edisi pertama pertandingan yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand.
Kredit : Oh bulan