KUALA LUMPUR: Penyerang negara, Safawi Rasid meledak gol sulung dalam saingan Liga 1 Thai ketika membantu kelab Ratchaburi menewaskan Chonburi 2-1, sebentar tadi.
Lebih manis, jaringan Safawi pada masa kecederaan babak pertama itu menjadi gol kemenangan Ratchaburi untuk menghuni tangga kelima dengan mengumpul 38 mata selepas 24 perlawanan.
Jaringan pembukaan Ratchaburi dihasilkan pada minit ke-32 selepas penyerang dari Brazil, Derley menyempurnakan sepakan penalti.
Sementara itu, jaringan tunggal tuan rumah dihasilkan Danilo Alves yang menyudahkan umpanan Yoo Byung-Soo pada minit ke-56.
Kekalahan itu menyaksikan Chonburi jatuh ke tangga keenam, satu mata di belakang Ratchaburi yang berkongsi 38 mata bersama pasukan tangga keempat, Muang Thong United.
Kredit : Berita Harian