Pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi, tampil menjelaskan tentang penularan klip sedutan audio siar kendaliannya yang menampilkan pelakon Mia Sara Nasuha sebagai tetamu baru-baru ini.

Rakaman sebelum kes

https://www.threads.com/@aznilnawawihm/post/DUA9YPmkdGA?xmt=AQF0IYNQuX79hA398MiOkQAXxIe-VQXyVfXuMec0y0B6ldw

Menerusi hantaran di Threads, Aznil, 63, memaklumkan bahawa audio siar itu dilakukan bersama Mia selepas aktres tersebut meluahkan rasa sedih berikutan persepsi segelintir pihak yang menganggap dirinya hanya sesuai membawa watak kanak-kanak walaupun sudah berganjak usia dewasa.

Podcast ini dirakam selepas Mia Sara membuat kenyataan sedih diberi watak kanak-kanak sahaja.

Selain itu, Aznil turut menegaskan bahawa audio siar tersebut dirakamkan sebelum isu Mia bersama pelakon Puteri Balqis menjadi hangat.

Dalam masa sama, Aznil juga memohon maaf kerana terpaksa menutup ruangan komen di hantaran itu.

Podcast ini menjemput Mia untuk follow up kenyataan itu dan ia dirakam sebelum kes dia dan Aqish meledak.

Maaf paknil tutup komen, dan tujuan posting ini adalah untuk jemput anda semua subscribe podcast Kita-Kita Aje di YouTube.

Terdahulu, menerusi audio siar berkenaan pelakon filem Sekali Lagi itu mengakui kekhilafannya selepas menulis komen negatif yang didakwa telah mengundang tanggapan buruk terhadap Puteri Balqis.

Kredit : Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *