Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”

By petaiking
August 6, 2026 2 Min Read
Comments Off on Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”

Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan kes fitnah yang mengaitkannya dengan dakwaan berzina dan melakukan sihir terhadap suami orang pada tahun 2023 kini telah dibawa ke mahkamah.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Shakilla berkata, sehingga kini individu yang membuat tuduhan tersebut masih gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Menurut Shakilla, sebelum ini kedua-dua pihak pernah mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik.

Bagaimanapun, usaha itu didakwa tidak mencapai kata sepakat apabila pihak berkenaan masih berkeras dengan dakwaan yang dibuat.

Pelakon itu turut menjelaskan bahawa selama ini dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak, namun merasakan keadaan sudah melampaui batas.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mengalu-alukan kehadiran pihak media dan orang ramai untuk mengikuti prosiding perbicaraan kes tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos.

https://www.instagram.com/shakillakhoriri/?utm_source=ig_embed&ig_rid=Abq9jy51Nj9XRqgO8MRevoR

Shakilla juga membidas tindakan beberapa individu yang didakwa cuba mencampuri urusan peribadinya dan menegaskan dia memiliki pelbagai bukti serta maklumat yang boleh menjejaskan imej pihak tertentu jika provokasi terus dilakukan.

Selain itu, dia turut mencabar individu yang didakwa memerli dan mengkritiknya di Threads supaya tampil bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik media sosial.

Di akhir perkongsiannya, Shakilla memberi amaran agar tidak terus mencetuskan provokasi sekiranya tidak mahu berdepan dengan tindakan lanjut.

Kredit : Beautifulnara

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Tak Jadi Berpisah Kerana ‘Tidak Suci’, Prosiding Cerai Syida Melvin Ditangguh – “Saya Tak Sangka Ini Semua Berlaku”

Next

Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by