“Ada satu soalan yang selalu orang tanya saya, pendirian macam mana dan selepas ini apa hala tuju dalam politik, bagi saya mudah saja. Saya tetap UMNO dulu, kini selamanya,” katanya.
Sehari selepas PRU15, Hishammuddin menegaskan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.
Dalam kenyataan di Facebook itu, beliau menyatakan keperluan parti itu untuk bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

