Penyanyi Ina Naim mengulas lanjut mengenai ketiadaan peti ais yang pernah tular ketika bersama Allahyarham suaminya, Suhaimi Saad.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ina atau nama sebenar Nordiana Mohd Naim, 41, berkata, dia menggunakan barangan masakan segar yang mudah didapati di Kelantan.
Ujarnya lanjut, keluarganya makan makanan yang berbeza bagi setiap waktu.
Daripada nikah kami tiada peti ais. Tak penting pun.
Kami duduk Kelantan, sayur tepi jalan saja. Semua segar.
Dan kami jenis makan, pagi masak lain dan nanti malam makan luar.
Kami tak makan satu menu dari tengahari sampai malam. Kadang-kadang arwah ajak makan malam di mamak.
Barangan asas
Berkongsi lebih lanjut, Ina disediakan segala kelengkapan rumah oleh suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor selepas menerima pelbagai kecaman.
Sebab orang kecam, kita dah ada peti ais. Peti ais, mesin basuh dan pengering. Semua dia beli.
Simpan makanan lama-lama dalam peti ais pun tak baik untuk kesihatan.
Sebenarnya kita ada mesin basuh tapi rumah kami dekat dengan dobi.
Jadi kita hantar dobi saja. Kebetulan, jiran punya mesin basuh rosak.
Dibersihkan dan beri pada jiran.
Kredit : Oh bulan