Usahawan Ojen Aiwah, menyeru golongan artis dan pempengaruh media sosial agar lebih peka dalam memilih kerjasama jenama, khususnya berkaitan isu kemanusiaan.
Nasihat buat artis, influencer
Menerusi hantaran di Threads, Ojen atau nama lengkapnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli menegaskan bahawa gerakan Global Sumud Flotilla wajar menjadi titik perubahan kepada figura berpengaruh dalam memilih kerjasama.
Kepada artis dan influencer, semoga gerakan Sumud Flotilla ini menjadi titik perubahan dalam hidup kita.
Dia juga menyeru supaya menolak tawaran daripada jenama yang terlibat dengan isu penindasan dan sebaliknya menyokong jenama tempatan.
Mulai sekarang, sekurang-kurangnya kita boleh menolak job atau endorsement daripada jenama yang telah menyokong penindasan (yang dah terima, tak apa lah)
Ojen tawar ‘job’
Ojen juga sempat berseloroh individu-individu tersebut mengambil ‘job’ jenama miliknya sebagai alternatif.
Tolak job mereka, sini ambil job Kunafa Aiwah, kita bayar ikut rate berapa yang dapat? 3k–5k? 15k–20k setiap posting?
Eh, jangan pandang rendah jenama tempatan F&B tau. (jangan salah faham, sekurang-kurangnya kita tetap support jenama tempatan dengan cara yang positif)
Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Wisma Putra memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.
Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan penahanan peserta flotilla oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera serta dilayan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Sumber: Threads Ojen Aiwah
Kredit : Oh bulan