Pelakon, Siti Saleha kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki.
Timang anak sulung

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Saleha menerusi satu hantaran di Instagram dengan memperkenalkan nama bayi lelakinya.
Bayi kami akhirnya selamat dilahirkan. Hello, nama saya Indra.
Begitu pun, Saleha tidak mendedahkan secara terperinci proses bersalin dan tarikh sebenar kelahiran puteranya.
Perkongsian berkenaan mencuri perhatian warganet apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti.
Terdahulu, Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam, mengumumkan kehamilannya pada Mei tahun lalu.
Dalam satu majlis ‘gender reveal’ sebelum ini, Saleha memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Joshua Fitton yang juga pereka fesyen pada 15 Februari 2025.
Kredit : Oh bulan
