Netizen meluahkan rasa simpati terhadap personaliti televisyen dan juga isteri kepada pendakwah bebas Da’i Syed, Hana Ismail yang turut terpalit atas kesalahan suami merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Netizen simpati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna aplikasi Threads mengasihani nasib Hana yang perlu melanjutkan kehidupan bersama anak-anak tanpa suami di sisi.

Menurut individu tersebut, Hana sepatutnya menolak lamaran Syed atau atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail ekoran bukti yang didedahkan para mangsa.

Kesiannya Hana.

Masa awal-awal kes ramai dedah Syed memang suka borak gatal-gatal dengan perempuan.

Dekat situ patutnya Hana tolak mentah-mentah.

Tak kan sebab keturunan Arab kau boleh buta?

Sementara itu, individu terbabit turut mempersoalkan hantaran Hana yang dilihat tiada lagi gambar bersama suaminya.

Sekarang aku tengok Hana dah padam semua gambar dia dengan suami.

Mungkin baru sedar?

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Da’i Syed kekal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Hakim Datuk Adlin Abdul Majid memutuskan perkara tersebut selepas meneliti rekod perbicaraan serta hujah daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. 

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita yang ketika itu berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada awal pagi 11 September 2019.

Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

Pada 20 September 2024, tertuduh dibenarkan keluar sementara dengan jaminan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Walaupun pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa hubungan seksual tersebut berlaku atas dasar suka sama suka, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa mangsa tidak pernah memberikan sebarang persetujuan.

Terkini, Da’i Syed menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam iaitu dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

Sumber: Threads @nrllzizie_

-Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *