KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Siti Saleha pertama kali berkongsi wajah cahaya matanya, Indra Mateen Fitton yang dilahirkan pada 3 Januari lalu.

Dalam hantaran di Instagram (IG), Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, 35, memuat naik foto bersama anak dan suaminya yang disertakan dengan keterangan ringkas.

Malah, dia juga sempat memberi ucapan sempena sambutan Ramadan pada tahun ini.

“Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau,” katanya di ruangan kapsyen.

Saleha turut memberitahu nama panggilan anaknya iaitu Indy dalam keterangan diberikan.

Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada pengikut-pengikutnya di platform media sosial itu termasuklah rakan-rakan artis seperti Dynas Mokhtar, Hannah Delisha, Vanidah Imran, Fasha Sandha, Aisha Retno, Nelydia Senrose, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

“Masya-Allah, so ‘handsome’ (sangat kacak),” tulis pelakon Sazzy Falak.

“Masya-Allah, Indra, ‘so cute’ (sangat comel),” tulis pelakon Eyka Farhana.

Untuk rekod, Saleha selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Indra Mateen Fitton di sebuah hospital swasta di ibu kota pada 3 Januari lalu.

Saleha dan Joshua Fitton diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada Februari tahun lalu.

Kredit : Berita Harian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *