KOTA BHARU: Guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah yang mengakibatkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut tengah hari semalam dibawa ke mahkamah pagi ini.

Guru wanita berusia 57 tahun itu tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap.

Guru berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media semalam melaporkan, seorang pelajar Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, dilaporkan berkata kejadian jam 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.

Akibat kejadian itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.

Kredit : Berita Harian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *