Hujan Lebat Diramal Badai Tujuh Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka meliputi tujuh negeri hingga 7 malam ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook MetMalaysia, hanya daerah Sik di Kedah dijangka hujan petang ini.
“Daerah Hulu Perak, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak diramal terima hujan lebat.
“Begitu juga daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin di Pahang,” jelas MetMalaysia.
Turun ke Negeri Sembilan, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol juga dijangka alami cuaca buruk.
Manakala di Johor, daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai disenarai bakal terima hujan lebat.
Beralih pula ke Sarawak, daerah yang dijangka hujan lebat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Kabong) dan Sarikei (Pakan dan Julau).
MetMalaysia turut menyenaraikan daerah Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis) bakal dilanda ribut petir dan hujan lebat.
Keadaan di Sabah menunjukkan hujan lebat dijangka badai daerah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Penampang dan Ranau) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Rancang perjalanan sebaiknya dan elakkan berada di lokasi berisiko.
Kredit : Siakap Keli
