PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan dirinya sudah tidak menerima tawaran lakonan susulan kerap melakukan siaran langsung di media sosial sejak kebelakangan ini.
Puteri Sarah berkata, perubahan itu berlaku kerana dia kini memilih untuk mengalihkan fokus kepada dunia perniagaan sebagai perancangan jangka panjang.
“Ada yang bertanya kenapa saya setiap hari buat ‘live’? Saya tiada ‘shooting’? Saya sudah tidak laku?
“Bukan tak laku. Sebenarnya saya sudah mengubah fokus. Kita tidak tahu sampai bila berada dalam industri, jadi saya memilih untuk berbisnes,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, di Damansara Perdana, di sini, semalam.
Menurut Puteri Sarah, dia masih menerima tawaran lakonan, namun kini lebih selektif dalam memilih projek.
Katanya, keseimbangan antara kerjaya seni dan perniagaan penting bagi memastikan masa depan lebih terjamin.
“Saya masih ‘shooting’, tetapi memilih. Kehidupan bukan hanya tertumpu kepada lakonan. Kalau terlalu fokus pada ‘shooting’, perniagaan pula akan terabai,” katanya.
Puteri Sarah berkata, keputusan menceburi perniagaan juga memberi peluang untuk mengurus masa dengan lebih fleksibel bersama keluarga.
“Saya masih berlakon dan menjadi duta, tetapi kini lebih kepada menjadi bos kepada diri sendiri.
“Apabila berbisnes, saya ada masa bersama anak-anak dan keluarga,” katanya.
Tambahnya, perniagaan yang diusahakan bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi juga pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anaknya.
“Bagi saya, perniagaan adalah pelaburan untuk masa depan. Saya fikir tentang legasi yang ingin ditinggalkan kepada anak-anak.
“Saya harap perniagaan ini dapat menjadi sesuatu yang berkekalan untuk mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Puteri Sarah berharap orang ramai tidak membuat andaian negatif terhadap perubahan yang dilakukannya.
“Jangan anggap kalau lama tidak ‘shooting’, maknanya tidak laku.
“Alhamdulillah, fokus saya sekarang lebih kepada perniagaan kerana bisnes semakin berkembang.
“Saya harap orang ramai mendoakan yang baik-baik, bukan meninggalkan komen negatif,” katanya yang kini mengusahakan perniagaan tudung, pakaian dan penjagaan kulit.Menurut Puteri Sarah, dia masih menerima tawaran lakonan, namun kini lebih selektif dalam memilih projek.
Katanya, keseimbangan antara kerjaya seni dan perniagaan penting bagi memastikan masa depan lebih terjamin.
“Saya masih ‘shooting’, tetapi memilih. Kehidupan bukan hanya tertumpu kepada lakonan. Kalau terlalu fokus pada ‘shooting’, perniagaan pula akan terabai,” katanya.
Puteri Sarah berkata, keputusan menceburi perniagaan juga memberi peluang untuk mengurus masa dengan lebih fleksibel bersama keluarga.
“Saya masih berlakon dan menjadi duta, tetapi kini lebih kepada menjadi bos kepada diri sendiri.
“Apabila berbisnes, saya ada masa bersama anak-anak dan keluarga,” katanya.
Tambahnya, perniagaan yang diusahakan bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi juga pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anaknya.
“Bagi saya, perniagaan adalah pelaburan untuk masa depan. Saya fikir tentang legasi yang ingin ditinggalkan kepada anak-anak.
“Saya harap perniagaan ini dapat menjadi sesuatu yang berkekalan untuk mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Puteri Sarah berharap orang ramai tidak membuat andaian negatif terhadap perubahan yang dilakukannya.
“Jangan anggap kalau lama tidak ‘shooting’, maknanya tidak laku.
“Alhamdulillah, fokus saya sekarang lebih kepada perniagaan kerana bisnes semakin berkembang.
“Saya harap orang ramai mendoakan yang baik-baik, bukan meninggalkan komen negatif,” katanya yang kini mengusahakan perniagaan tudung, pakaian dan penjagaan kulit.
Kredit : Berita Harian