SEORANG peminat pasukan bola sepak England mengejutkan wartawan sukan Israel, Tal Shorrer apabila menjerit ‘bebaskan Palestin’ semasa ditemubual secara langsung di televisyen.

Pemuda bernama Harry Hatton, 23, berbuat demikian selepas ditemui wartawan berkenaan susulan kemenangan 3-0 antara England menentang Senegal pada Isnin malam.

“England akan menang! Tetapi yang lebih penting, bebaskan Palestin!” katanya dalam video yang tular.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *