Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.78m, diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat (3.04m), Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok (9.50m), Sungai Nal, Kuala Krai (29.24m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.46m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (40.79m).
Dua sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Lanas di Jeli (29.34m) dan Sungai Pergau di Jeli (55.43m), manakala tiga sungai melepasi paras berjaga-jaga.
Sehingga malam ini, terdapat 40 jalan ditutup selepas dinaiki air iaitu 16 di Pasir Mas, tujuh di Pasir Puteh, tujuh di Machang, masing-masing empat di Kuala Krai dan Pasir Puteh serta dua di Tumpat.
Antara jalan ditutup termasuk Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang di Pasir Mas, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Tanah Merah.


