Ibu kepada pelajar yang maut ditikam rakan sekolah mendedahkan terdapat 200 kesan tikaman di badan anaknya.
200 tikaman

Memetik laporan Sinar Harian, pemilik nama Wong Lee Ping menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat 50 kesan tikaman di tubuh Yap Shing Xuen, 16.
Selain turut menafikan dakwaan kononnya anak perempuannya itu dirogol dan mengenali suspek.
Saya dapat tahu daripada pihak patologi bahawa anak saya ditikam 200 kali.
Ada luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru.
Tambah Lee Ping, anaknya diserang selepas suspek memanjat masuk dari bahagian atas tandas ketika mangsa berada bersendirian di dalam bilik berkunci.
Anak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada.
Terdahulu, seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun ditahan selepas disyaki menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
Polis mengesahkan, kecederaan tikaman di dada dan leher menjadi penyebab utama kematian remaja terbabit.
Kredit : Oh bulan