Isteri kepada pelakon, Datuk Remy Ishak, iaitu Ezza Yusof berharap orang ramai tidak mengambil hati dengan hantaran terbaharu suaminya yang menampilkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan Kecerdasan Buatan (AI).

Hanya bergurau

Menerusi perkongsian di Threads, Ezza berkata itu hanyalah cara mereka bergurau sesama suami isteri.

Kata Ezza, dia turut berharap orang ramai tidak tersinggung atau mengambil hati memandangkan ia hanyalah sekadar senda mereka.

Kami bergurau memang macam ini, jangan ambil hati ya.

Dalam hantaran yang sama, Ezza memuat naik tangkap layar memaparkan Remy berkongsi foto bersama wanita itu kepadanya.

Sudah terbiasa dengan cara Remy, Ezza berseloroh menyifatkan tindakannya itu sebagai ‘gila’.

Remy turut menyatakan dia mahu memuat naik gambar tersebut di media sosial kerana merasa terhibur.

Sebelum ini, aktor itu dituduh tidak menghormati isteri kerana memuat naik gambar menunjukkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan AI.

Kredit : Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *