Pelakon, Uqasha Senrose mengakui buat masa sekarang dirinya tidak terfikir untuk kembali rujuk semula dengan bekas suami, aktor Kamal Adli selepas mereka sah bercerai talak satu pada Isnin.

Mahu ‘move on’

Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata fokus utamanya kini adalah untuk melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang.

Buat masa sekarang memang tiada istilah rujuk. Soal masa depan kita tak tahu dan tak mampu jangka. Apa yang saya boleh katakan, saya mahu teruskan hidup dan ‘move on’.

Mengulas perasaan selepas sah diceraikan, Uqasha mengakui emosinya bercampur-baur, namun tidak terkejut kerana keputusan untuk berpisah dibuat olehnya.


Aa

Pelakon, Uqasha Senrose mengakui buat masa sekarang dirinya tidak terfikir untuk kembali rujuk semula dengan bekas suami, aktor Kamal Adli selepas mereka sah bercerai talak satu pada Isnin.

Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah Saya Tak Nak Lepaskan Uqasha’ – Kamal Adli Harap Ada Peluang Kembali Rujuk

Mahu ‘move on’

Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata fokus utamanya kini adalah untuk melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang.

Buat masa sekarang memang tiada istilah rujuk. Soal masa depan kita tak tahu dan tak mampu jangka. Apa yang saya boleh katakan, saya mahu teruskan hidup dan ‘move on’.

Mengulas perasaan selepas sah diceraikan, Uqasha mengakui emosinya bercampur-baur, namun tidak terkejut kerana keputusan untuk berpisah dibuat olehnya.

ADVERTISEMENT

Bukan terkejut sebab memang sudah dijangka. Saya yang failkan permohonan. Cuma ini fasa baharu untuk saya. Perlu sedikit masa untuk hadam semuanya sebelum boleh bercakap dengan tenang. Doakan saya dan anak.

Kami pernah berkahwin dan kini sudah jatuh satu talak. Perkara itu sudah berlaku dan lafaz pun telah dibuat. Saya cuma mahu melangkah ke depan untuk tahun 2026 dan doakan dia menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

Menyentuh tentang tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Uqasha menegaskan dirinya yakin mampu menggalas peranan tersebut tanpa bergantung kepada sesiapa.

Cakap salah, tak cakap pun salah. Tapi apa yang boleh saya katakan, sepanjang setahun ini saya bekerja dan menjaga anak serentak. Tiada masalah untuk saya. Cuma doakan saya terus kuat untuk melangkah ke depan.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Kredit : Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *