KUALA LUMPUR: Sufian Suhaimi, 34, bakal menimang cahaya mata sulung, tidak lama lagi, berikutan isterinya, Rania Al Sadat sedang sarat hamil mencecah 37 minggu.

Sufian sudah membuat persiapan rapi daripada segi keperluan bayi, namun, mengakui masih belum bersedia daam aspek mental dan emosi.

“Iya betul, saya bakal menjadi bapa. Kita sedang menunggu masa sahaja. Daripada segi mental dan emosi, saya masih berdebar-debar. Apabila ditanya kawan-kawan, memang tiada yang 100 peratus bersedia apabila menyambut bayi pertama.

“Jadi, saya dalam situasi sama. Namun, secara keseluruhan, saya sangat teruja,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Seloka Lebaran 2026 anjuran Rusa Music di sini, hari ini.

Ditanya mengenai jantina bayi, penyanyi lagu Di Matamu ini memilih untuk merahsiakannya.

Sufian berkata, dia mengambil inisiatif mengikuti kelas persediaan menyambut kelahiran bayi.

Selain itu, Sufian berkata, urusan menyediakan kelengkapan bayi banyak diuruskan isteri.

“Mestilah isteri yang lebih teruja memilih dan membeli barang bayi. Dia ‘add to cart’, saya ‘check out’,” katanya berseloroh.

Sufian bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan.

“Ketika trimester pertama, isteri hanya muntah tidak sampai 10 kali. Mengidam pun tiada yang pelik-pelik sebab kami memang suka cari makan.

“Walaupun karakter isteri manja dan lembut, dia sangat aktif. Setiap hari selepas solat subuh, dia akan minta saya untuk teman ‘brisk walk’ sejauh tiga kilometer (km),” katanya,

Kredit : Berita Harian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *