Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda serta dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) hanya perlu membayar pampasan berjumlah RM1.4 juta kepada keluarga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berbanding RM5 juta seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu, memetik Sinar Harian.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Hashim Hamzah, membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan empat pihak terbabit membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta atas kematian penterjemah yang juga model sambilan tersebut pada 2006.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim K Muniandy berkata, panel turut mengurangkan jumlah pampasan kerana Mahkamah Tinggi telah tersilap dari segi undang-undang apabila memberikan ganti rugi asal sebanyak RM5 juta.

Pada 16 Disember 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan saman yang difailkan keluarga Altantuya berhubung kematiannya terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.
Kredit : Beautifulnara
